Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS Melugu Skim

22 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bersama kanak-kanak dari Tabika KEMAS Melugu Skim. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan memahirkan kanak-kanak dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran di peringkat awal.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta bermain permainan berbentuk pendidikan iaitu ABCya.com yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Dengan memilih permainan bertajuk Make A Cake, peserta dikehendaki untuk menghasilkan kek bertemakan Selamat Hari Bapa dengan memasukkan elemen warna frosting, perhiasan seperti bunga, huruf alphabet dan lilin.

Peserta juga turut mewarna secara online gambar Selamat Hari Bapa di laman web Scrapcoloring.com. Mereka akan memilih warna yang dikehendaki dan mengisi warna tersebut ke dalam gambar yang belum diwarnai. Selain itu, peserta juga mewarna gambar Selamat Hari Bapa di laman web Thecolor.com mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali